Thursday 2 August 2012

Happy Belated Teacher's Day


Sambutan hari guru tahun ni membawa tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Inovasi atau pembaharuan sudah menjadi antara tugas asasi guru, terutama dari segi amalan terbaik pendidikan. Guru wajib mencari jalan untuk menolong murid masing-masing menuju puncak jaya, selaras dengan semangat pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan bermutu untuk semua murid.

Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status quo. Istilah zon selesa sebenarnya tidak wujud dalam kamus seorang guru inovatif. Segala ikhtiar intervensi ialah bukti betapa kaum guru sentiasa iltizam dengan ikrar keguruan untuk membawa anak bangsa ke mercu kecemerlangan.


Bijak pandai mengatakan bahawa harapan ialah roda utama yang menyebabkan manusia terus bergerak. Guru sentiasa menyalakan harapan terhadap sebahagian murid yang berasa rendah diri justeru latar belakang sosioekonomi dan pengalaman hidup mereka yang tidak setara dengan rakan sebaya yang lebih bernasib baik. dorongan dan kata-kata semangat oleh seorang guru inovatif yang peka terhadap potensi dan fakulti kanak-kanak umpama titisan air yang memulihkan daun-daun yang layu.

Apa pun juga......SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!!
Walaupun ucapan ini agak lambat, tapi saya mahu kita sama-sama bangga dengan tanggungjawab yang bakal dipikul kelak. 

























Monday 30 July 2012

Assalammualaikum...

Hiii korang..
This is our first blog ever!! Hahaha
And this is really amazing..
Kat sini kami nak share anything useful utk korg2 yer..

Spread the newsss!

Much Love - IzyanAthirah-