Salam Perkenalan


Kisah kami bermula pada 16 Julai 2012!!! Dan bertahan sampai sekarang... =D

Memulakan persahabatan dengan memikul tugas sebagai ketua unit ( KU ) dan penolong ketua unit ( PKU ) pada Julai 2007. Kami menuntut ilmu bersama-sama untuk mencapai kejayaan di masa akan datang. Antara kami pasti terdapat jurang perbezaan pendapat, tetapi bagaimana kami menyelesaikan masalah tersebut yang membuatkan persahabatan kami tetap utuh. Pengalaman belajar bersama-sama sebagai kawan sekelas cukup mematangkan cara pemikiran kami dan kami juga menerima kekurangan satu sama lain dengan hati yang terbuka. Diharapkan agar persahabatan ini kekal hingga ke syurga, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment